Sebut nama Meadow Rain Walker mungkin tiada siapa kenal.

Meadow merupakan anak tunggal kepada bintang filem Fast & Furious, mendiang Paul Walker dan Rebecca Soteros.

Gadis itu dibesarkan di Ohau, Hawaii sebelum berpindah ke California untuk menetap bersama bapanya pada tahun 2012.

Meadow, 18, mewarisi wasiat mendiang bapanya bernilai $10.1 USD (RM44.3 juta) daripada firma Roger Rodas.

Paul, 40, meninggal dunia pada 20 November 2013 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika memandu kenderaan jenis Porsche Carrera GT di Santa Clarita, California.



1) Rupa paras cantik

Kata peminatnya, Meadow mewarisi pesona mata mendiang ayahnya, Paul.

Ramai yang memuji kecantikannya yang persis model antarabangsa malah dia juga memiliki bentuk badan yang menawan.





2) Mempunyai lebih 1.2 juta pengikut

Gadis itu mempunyai lebih 1.2 pengikut di laman sosial Instagram dan lebih 940 ribu pengikut akaun Facebook.

Bagaimanapun dia telah memadamkan kebanyakan gambar-gambar peribadinya dan hanya meninggalkan 5 keping foto sahaja.



3) Rapat dengan kenalan Paul

Meadow tidak memutuskan silaturrahim dengan sahabat bapanya terutama pelakon-pelakon filem Fast & Furious.



4) Sentiasa mengenang mendiang bapanya

Meadow adalah individu paling rapat dengan Paul Walker.

Selepas kematian Paul, Meadow sering memuatnaik gambar-gambar kenangan bersama bapanya setiap kali sambutan ulangtahun kelahiran atau hari bapa.



Reflecting on my father, I found myself reflecting on his passions. His passion for the ocean, his passion for rescuing animals, his passion for helping people and his passion for spontaneous goodwill. I wanted to start this foundation because I want to share that piece of him with the world. I want to share that part of him with others. I am tremendously proud to be launching The #PaulWalkerFoundation (@paulwalkerfdn) on his birthday. I can't think of a better way to celebrate my father. #DoGood

A post shared by Meadow Walker (@meadowwalker) on


5) Tubuhkan Paul Walker Foundation

Meadow meneruskan legasi kebajikan yang mendiang bapanya lakukan ketika hayat.

Sempena sambutan hari jadi bapanya ke-42, Meadow menubuhkan Paul Walker Foundation yang menyediakan bantuan pendidikan kepada remaja yang ingin melanjutkan pengajian dalam Sains Marin.



Sempena tayangan filem Fast & Furious 8, ayuh kita kenang kembali kehebatan lakonan mendiang Paul Walker dalam francais terdahulu.



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @meadowwalker