Bagaimanakah reaksi anda apabila bertemu dengan seorang individu separuh manusia dan separuh pontianak?

Menampilkan nuansa baharu dalam penceritaan yang mengetengahkan fantasi kehidupan seseorang yang ‘luar biasa’, ini lima sebab kenapa anda perlu menonton drama bersiri dari Korea Selatan, Heartbeat yang boleh distrim menerusi Prime Video.



Magis luar biasa Taecyeon
Jika anda penggemar muzik K-Pop, sudah tentu anda mengenali Taecyeon, anggota kumpulan 2PM yang juga merupakan seorang pelakon berbakat besar. Menggalas watak Seon Woo Hyeol, ini merupakan kali pertama Taecyeon memainkan karakter fantasi yang lain daripada kebiasaan.



Bikin hati berdegup kencang
Menerusi drama yang diarahkan oleh Lee Hyun Suk dan Lee Min Soo ini, penonton pasti tidak sabar untuk menyaksikan interaksi antara Seon Woo Hyeol dengan watak Joo In Hae (lakonan Won Ji An), seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan.

Hati beku
Watak Joo In Hae digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak mempunyai ‘rasa’ atau mungkin lebih tepat digambarkan sebagai seorang yang hati beku. Sudah tentu usaha Seon Woo Hyeol dapat dilihat untuk mencairkan hati In Hae sepanjang siri ini ditayangkan kelak.



Seimbang dan cukup rencah rasa
Jika anda meminta siri romantik, drama Heartbeat merupakan karya yang tepat buat anda. Ia seimbang dari perspektif drama, fantasi dan cinta.



Mudah untuk menonton
Heartbeat boleh distrim menerusi Prime Video pada bila-bila masa. Langgan sekarang dan nikmati tempoh percubaan selama 7 hari. Nak tengok selepas 7 hari? Jangan bimbang, harga langganan hanya RM25 sebulan.

Saksikan lakonan hebat Taecyeon menerusi Heartbeat hanya di Prime Video bermula 26 Jun ini. Klik pautan ini untuk menyaksikan Heartbeat.