Sekilas
- Ayda Jebat berkongsi pengalaman cemas apabila anak perempuannya, Nayla, terjaga tengah malam dan terlihat sesuatu di luar tingkap rumah mereka.
- Nayla menunjukkan sesuatu di luar tingkap pada jam 3.45 pagi, namun Ayda hanya meminta anaknya kembali tidur.
- Ayda mengaku berasa takut kerana suaminya tiada di rumah dan dia banyak menonton cerita seram, menyebabkan dia mudah terkejut.
Penyanyi, Ayda Jebat berkongsi akui gementar dan berasa cemas apabila anak perempuanya, Nayla, tiba-tiba terjaga daripada tidur sebelum memberitahu terlihat sesuatu di luar tingkap rumah mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, Ayda berkata Nayla kemudiannya menunjukkan tangannya ke arah berkenaan.
Bagaimanapun, Ayda yang ketika itu hanya meminta anaknya kembali tidur.
“Nayla ketika jam 3.45 pagi, ‘’mama… ada sesuatu dekat luar tingkap (tengok luar dan tunjuk luar tingkap),” kongsinya.
Malah, Ayda juga mengakui berasa sedikit takut memandangkan suaminya, Nabil Mahir tiada di rumah ketika kejadian selain banyak menonton cerita seram.
“Time time ni la. Dia terjaga sebab Mimi bangun. Dah laa Dada tak ada ni.
“Tolong nak, mama awak ni tengok banyak cerita seram tau. Kang pokok pun nampak macam haaaannnnnnn,” tulisnya.