Hiburan

5 Tahun Kahwin, Nabila Huda Baru Sempat Bercuti Dengan Keluarga Mentua

gempak
Amri Hassan
29/12/2020
08:45 MYT
Sponsor Banner
5 Tahun Kahwin, Nabila Huda Baru Sempat Bercuti Dengan Keluarga Mentua
Pelakon Nabila Huda akhirnya berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga mentua selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan.
Kongsi Nabila, dia kini punyai kelapangan waktu daripada kerjayanya dan kesempatan itu dimanfaatkan untuk meluangkan masa bersama.
"Ha tu dia ibu mentua dan ipar saya. Kalau korang nak tahu, ini merupakan percutian pertama kami selepas lima tahun berkahwin.
"Kasihan kan keluarga mentuaku dapat menantu Nabila Huda asyik sibuk," tulisnya menerusi akaun Instagram.
Abil yang kini bercuti di sebuah villa mewah di Negeri Sembilan turut berkongsi foto-fotonya bersama suami dan anak perempuannya, Keisha Laila.
Justeru ada melihat hikmah di sebalik pandemik Covid-19 bagi memberikan peluang kepada Abil meluangkan lebih banyak waktu bersama keluarga.
"Ada hikmahnya Covid-19 ni. Abil slow down dah sikit kesibukan itu jadi dapat bersama dengan keluarga akhirnya," tulis salah seorang pengguna.
Abil dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live