Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hollywood

6 Artis Wanita Yang Berkahwin Dengan Jejaka Muda

Amri Hassan 28/05/2020 | 10:15 MYT
Jodoh itu tak pernah salah alamat. Siapa kita untuk menidakkan ketentuan ilahi?
Seandainya berjodohan dengan pasangan berbeza jauh jarak usia pun (lebih muda atau lebih tua), terimalah dengan terbuka.
Jadi, Gempak imbas semula perkahwinan pasangan yang berbeza jarak usia lebih 10 tahun sama ada artis tempatan mahupun antarabangsa.
1. Priyanka Chopra & Nick Jonas (beza usia 10 tahun)
Ramai yang cakap, Priyanka umpama kakak kepada Nick namun bintang antarabangsa itu enggan mempedulikannya pun.
Berlangsung penuh gemilang dua tahun lalu, pasangan itu menjadi penyatuan industri Hollywood dan Bollywood.
2. Rozita Che Wan & Zain Saidin (beza usia 11 tahun)
Ketika Che Ta mengumumkan bakal berkahwin dengan Zain, industri menjadi kecoh dibuatnya.
Namun, ramai terdiam apabila pasangan merpati dua sejoli ini membuktikan jarak usia bukan penghalang untuk bahagia.
Hasil perkahwinan mereka pada Disember 2013 dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana.
3. Ella Aminuddin & Azhar Ghazali (beza usia 16 tahun)
Ratu Rock Malaysia, Ella telah menamatkan zaman bujangnya bersama juruterbang yang juga peminatnya, Azhar pada 2012.
Ella dan Azhar kini lebih bahagia bersama anak angkat perempuan yang diberi nama Shanome Az Zahra.
BACA: “Rutin Harian Saya Berubah 360 Darjah!” – Ella & Suami Bahagia Ambil Anak Angkat
4. Ham So Won & Jin Hua, (beza usia 18 tahun)
Jatuh cinta pandang pertama katanya! Pasangan selebriti ini antara yang menjadi buah mulut ramai.
Namun, mereka membuktikan mulut orang itu 'tak mati dek keji'. Kini, pasangan itu baru menimang cahaya mata perempuan.
5. A. Aida & Ariff Aziz (beza usia 19 tahun)
Biarpun bertahan selama 10 bulan, perkahwinan antara Datuk A. Aida dan Ariff Aziz antara yang menjadi bualan ramai sepanjang tahun lalu.
Umpama kata A. Aida sendiri; "Jodoh dan ajal itu rahsia Allah."
BACA: Berpisah Selepas 10 Bulan Berkahwin, A Aida Enggan Dedah Punca Cerai
6. Rosnah Mat Aris & Tajul (beza usia 26 tahun)
Sudah 12 tahun mahligai yang dibina Rosnah Mat Aris dan Tajul Efendie Isa kekal utuh.
Biarpun tidak pernah berkongsi identiti suaminya itu, ramai yang yakin pasangan itu melayari alam rumah tangga serba indah.
#Viral #Viral #Artis Kahwin #Pasangan Muda
;