Berita

"7 Tahun Tak Beli Kasut" - Maya Karin Borong 8 Pasang Terus Tambah Koleksi

gempak
ZULHILMI JALIL
26/02/2020
09:32 MYT
Sponsor Banner
"7 Tahun Tak Beli Kasut" - Maya Karin Borong 8 Pasang Terus Tambah Koleksi
Golongan wanita dan kasut memang tidak dapat dipisahkan. Maka, tidak hairanlah apabila ada antara wanita yang sanggup berbelanja setiap bulan hanya untuk menambah koleksi kasut sedia ada.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar selebriti, sudah pasti, mereka memiliki koleksi peribadi demi menjaga penampilan mereka.
Namun, lain pula ceritanya dengan pelakon dan penyanyi Maya Karin yang mendedahkan kepada umum bahawa dia sudah tujuh tahun tidak membeli kasut baru.
Ekoran itu jugalah, dia baru-baru ini bertindak membeli-belah di sebuah butik kasut selepas 'diheret' rakannya yang juga penyanyi Jeslina Hashim.
"Entah berapa tahun dah tak beli kasut!! Mungkin enam atau tujuh tahun, betul-betul perlu tambah hari ini.
"Terima kasih @jeslinahashim kerana menarik saya masuk ke kedai. Lapan pasang kasut tumit tinggi hari ini," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Maya turut berkongsi video yang memaparkan ragamnya mendapatkan kasut bersesuaian bersama Jeslina.
Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
"Sama macam saya juga, jarang beli kasut tapi kalau pakai memang sampai lunyai.
"Sekali beli, haaa, tu dia lapan pasang terus!," tulis sebahagian netizen.
Bukan itu sahaja, Maya yang terkenal sebagai individu yang memperjuangkan alam sekitar turut membawa beg beli-belah yang dibawa sendiri dari rumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024