Hiburan

"70% Kemungkinan Dia Dijangkiti Covid- 19 Sebab..." Anak Sharifah Sakinah Buat Ujian

gempak
Badrul Hashim
21/03/2020
05:06 MYT
Sponsor Banner
"70% Kemungkinan Dia Dijangkiti Covid- 19 Sebab..." Anak Sharifah Sakinah Buat Ujian
Ibu mana yang tidak bimbang apabila anak kesayangan mempunyai tanda-tanda dijangkiti virus Covid- 19.
Tambahan pula ketika kejadian, suami tiada di sisi kerana perlu bertugas.
Itulah yang terjadi kepada pelakon Sharifah Sakinah apabila anaknya Anais Adha mengalami tanda-tanda jangkitan.
Berkongsi sekeping gambar pada entri di Instagram miliknya, Sakinah meminta orang ramai supaya duduk di rumah.
"DUDUK RUMAH! Jogging kat taman pun tak perlu. Aku pun nak jogging. Ini aku di Thompson Hospital 2 hari lepas.
"Anais kena sakit tekak, batuk yang kering dan demam. Bawa dia ke beberapa hospital swasta sekitar Kuala Lumpur tapi semua tak nak ambil kes dia," tulis Sakinah.
Menurut Sakinah ada 70% kemungkinan anaknya itu dijangkiti virus Covid- 19 kerana tanda-tanda yang dialaminya, dan pada masa yang sama suaminya Alif Adha terpaksa bertugas.
"Jadi kami ke Hospital Thompson dan mereka buat screening, swab dan semuanya.
"Semalam kami dapat keputusannya, dan Alhamdulillah ianya negatif," tulis Sakinah tanda bersyukur.
Sharifah Sakinah berkahwin dengna Alif Adha pada tahun 2015dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha pada 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024