Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

8 Selebriti Tunai Haji 2023, Antaranya Aaron Aziz, Faizal Tahir, Zul Ariffin

Syafiqah Jalal
26/06/2023 11:25 MYT
Tahun ni menyaksikan ramai selebiriti, pempengaruh dan orang kenamaan berpeluang menyahut panggilanNya untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 1444H/2023M.

Panggilan mengerjakan rukun Islam kelima itu merupakan peluang yang sangat bermakna buat mereka dan turut dikongsikan di media sosial.

Khas untuk pembaca Gempak, kami kongsikan senarai selebriti dan pempengaruh yang terkenal yang diketahui mengerjakan haji pada tahun ini:

#1 Aaron Aziz


Aktor Datuk Aaron Aziz bersyukur kerana tahun ini dia dapat mengerjakan haji bersama isteri tersayang Datin Diyana Halik.

Aaron sempat memohon maaf serta halalkan makan minumnya kepada semua yang mengenali dirinya serta mendoakan haji yang mabrur.

“TabarakAllah. Alhamdulillah. Terima kasih kpd Team @lavender.holidays yg berusaha siang malam untuk memastikan semua visa diluluskan para jemaah. Terima kasih kepad mereka yang telah mendoakan segala urusan kami dipermudahkan.

“Dan kami juga ingin mohon ampun maaf kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa. Halalkan makan minum dan doakan semoga para jemaah semua dianugerahkan Haji yang mabrur,” kongsinya di Instagram.

#2 Zul Ariffin


Aktor berbadan sasa ini memaklum lebih awal kepada media dia berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan haji buat pertama kali pada 10 Jun lalu.

Zul berkata kepada Gempak, dia sendiri menganggap peluang itu sebagai rezeki dan ketentuan dari Tuhan yang dianggap sangat indah.

Malah Zul sempat berkongsi kebimbangannya tentang cuaca panas di tanah suci yang difahamkan tinggi sehingga 45 darjah celsius.

BACA: Cuaca Panas, Zul Ariffin Harap Ibadah Haji Dipermudah

#3 Alif Satar


Penyanyi, pelakon dan usahawan, Alif Satar dan isteri, Shadila Halid turut dikurniakan rezeki menyempurnakan tuntutan rukun Islam kelima.

Alif Satar yang bertolak pada 21 Jun bersamaan 2 Zulhijah menyifatkan undangan ke rumah ALLAH itu bagaikan rahmat yang terlalu agung buatnya.

Tidak berputus asa berdoa agar dijemput menunaikan haji sejak enam tahun lalu, Alif bersyukur ia akhirnya menjadi kenyataan.

“Sebelum ini, setiap hari dan setiap masa sejak tahun 2017 Alif memanjat doa kepada ALLAH agar mengundang Alif dan isteri untuk menunaikan haji.

#4 Faizal Tahir



Penyanyi Faizal Tahir juga dilihat berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Fotonya di lapangan terbang serta berada di Makkah telah dirakam oleh beberapa akaun Instagram milik individu lain termasuk IG rasmi agensi travel ke tanah suci.

#5 Anne Ngasri


Pelakon Anne Ngasri juga dilihat berkongsi rasa syukur dan keterujaannya apabila dapat menunaikan haji bersama suaminya.

“Assalamualaikum buat keluarga dan sahabat semua. Setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi kerana saya dan suami menjadi Duyufurrahman kali ini.

“Impian serta anugerah terindah bagi kami…Untuk itu kami mohon ampun maaf juga mohon doa dari semua,” kongsinya di Instagram bersama foto dan video keberangkatan ke tanah suci.

#6 Lisdawati


Berita gembira Lisdawati berpeluang menunaikan haji dikongsikan oleh suaminya, menerusi kemas kini Fauzi Nawawi, 51, di Instagram, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah suci itu.

Dalam video yang dimuat naik itu juga, Lisdawati sempat menitipkan pesanan buat Fauzi.

"Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, nanti saya kemas rumah, masak," pesannya ringkas.

Fauzi yang mendengar pesanan itu terdiam seketika dan kelihatan seperti sebak hanya menjawab, baik.Aliff Syukri.

BACA: Tunai Haji, Lisdawati Titip Pesanan Buat Fauzi Nawawi

#7 Hafiz Mahamad


Pempengaruh Hafiz Mahamad juga sudah berangkat ke tanah suci Makkah untukl menunaikan haji. Dia sebelum ini membuat kejutan membawa isterinya serta ibu bapa serta mentua mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama-sama.

Hafiz turut berkongsi perkara berkenaan di media sosial dan Gempak telah pun melaporkannya sebelum ini.

BACA: Upgrade Mak Ke Agensi Swasta, Hafiz Mahamad Gembira Dapat Tunai Haji Bersama Satu Keluarga

#8 Aliff Syukri


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri juga turut menunaikan ibadah haji pada tahun ini bersama anak sulung, Ammar Ahyan, ibu, Bonda Rozita dan ibu bapa mentua.

Berharap perjalanan mengerjakan ibadah di Tanah Suci dipermudahkan, Aliff mengakui ia lahir adalah daripada gerak hatinya sendiri tanpa sebarang paksaan.

Namun ramai kurang senang apabila Aliff masih aktif di media sosial meskipun sedang sibuk menunaikan ibadah di sana.

BACA: Aliff Syukri Tunai Haji Netizen Harap Tiada Lagi Video Mengarut
BACA: “Tinggallah Sekejap Media Sosial”- Aliff Syukri Diminta Fokus Ibadah Haji


Dalam pada itu, suami kepada penyanyi nombor satu, Datuk Sri Siti Nurhalia, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K juga sudah bertolak mengerjakan ibadah haji.

Siti memuat naik video memaparkan yang memaparkan Datuk K bersalaman dan memeluk anak-anak dan mendoakan kelancaran perjalanan haji suaminya itu.
#Selebriti #Aaron #Haji #Aziz #Ariffin #Zul #Faizal #2023 #Tahir