Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berangkat menunaikan haji bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Aliff memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan ibadah mereka dipermudahkan.

“Akhirnya Allah memanggil ku ke Tanah Suci, semoga aku berubah menjadi hamba mu yang lebih baik. Ya Allah… Kau permudahkan lah perjalanan hamba mu ini untuk menunaikan haji kali ini.

“Alhamdulillah, setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.

“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin-amin yarobal alamin,” coretnya.

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan Aliff bersama anak lelakinya.

Selain itu mereka juga berharap agar tiada lagi video aneh atau konten berbentuk kontroversi yang dihasilkan Aliff selepas ini.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan... Semoga mendapat haji yang mabrur... Dah jadi Pak Aji nanti jangan buat video klip mengarut tau,” komen seorang netizen.

“Alhamdulilah, semoga dilancarkan dan dipermudah urusan Datuk. Moga balik nanti menjadi "orang baru" yang lebih baik tanpa ada sebarang kontroversi dan gedik-gedik lagi datuk,” komen seorang lagi netizen.

Di bawah kami kongsikan video dan juga foto-foto Aliff berangkat menunaikan haji:

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)