Hiburan

8 Tahun Kahwin, Baru Dua Kali Johan Bagi Saya Bunga - Ozlynn

Syafiqah Jalal
17/05/2017
06:31 MYT
Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, tahun ini menjadi tahun pertama Johan menghadiahkan Ozlynn jambangan bunga.
Dedah Ozlynn, Johan ada sebab tersendiri mengapa dia tidak pernah menghadiahkannya bunga sepanjang mereka berkahwin.
"Banyak kali juga saya tanya kenapa dia tak mahu menghadiahkan saya bunga tetapi dia menjawab ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk diberikan selain bunga.
"Katanya bunga tidak kekal lama, esok lusa kalau bunga sudah mati saya pun akan buang.
"Sekurang-kurangnya dia berikan kasih sayang yang tidak semua mampu beri," kongsi Ozlynn yang ditemui pada acara pertunjukan fesyen Emms & Verxa di Publika baru-baru ini.
Kali pertama Johan menghadiahkan Ozlynn sejambak bunga mawar adalah pada dua minggu lalu sebelum dia berangkat ke Australia untuk menjalani penggambaran sebuah program masakan.
Kali kedua Johan menghadiahkan Ozlynn sejambak bunga ketika acara pertunjukan fesyen Emms & Verxa minggu lalu di Publika.
"Selepas kami menukar duit, Johan tiba-tiba menghulurkan sejambak bunga kepada saya.
"Katanya dia sengaja mahu hadiahkan saya bunga selain mahu membantu peniaga kecil," katanya.
Ozlynn dilantik sebagai duta kepada jenama fesyen Emms & Verxa sempena kempen raya tahun ini.
"Ini kali pertama saya terlibat dengan kolaborasi dengan jenama fesyen, memang saya seorang selektif tetapi Emms & Verxa menarik minat saya dengan koleksi Aidilfitri yang ringkas dan klasik," katanya.
Ozlynn baru selesai menjalani penggambaran telefilem raya Terbalik Raya bersama Johan, Sherry Alhadad, Zulin Aziz dan Marsha Milan.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak

gempak
17/06/2024
06:55 MYT
“Kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik,” Itulah pesanan pengacara dan pelawak Johan untuk anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Hiburan

Johan Hampir Terlepas Pesawat Tunai Haji

gempak
10/06/2024
02:01 MYT
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud işu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya itu.
Viral

Didakwa Rendahkan Geng Pesilat, Ini Komen Johan Ghazali - “Saya Tidak Pernah Nak Jatuhkan Mana-Mana Sukan Yang Lain”

gempak
16/01/2024
09:00 MYT
Ini komen Johan
Laman Utama

[VIDEO] Kejutan Johan & Ozlynn Buat Anak Sulung Undang Rasa Sebak - “Selagi Ada Kita Hargailah Pinjaman Paling…”

gempak
10/05/2023
03:55 MYT
Sebak tengok mereka sekeluarga.
Laman Utama

Netizen 'Geram' Tengok Anak Ozlynn, Kacak Macam Pelakon Korea! - "Suruhlah Jadi Model Ke, Penyanyi Ke, Pelakon Ke..."

gempak
20/10/2022
08:00 MYT
Ariq anak Johan Ozylnn