Hiburan
“90% Bergantung Mesin Untuk Bernafas, 50-50 Peluang Untuk Hidup...” – Anak Kritikal, Abby Mohon Doa
Pelakon Abby Abadi memaklumkan anaknya, Muhammad Danial Firman yang dilahirkan pra matang itu kini berada dalam keadaan kritikal.
Abby berkongsi keadaan anaknya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Abby, anak kesayangannya itu telah 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas dan memerlukan pemantauan.
“Hari ke 9 dan 10 (5/6Oktober 2019) abah tak sempat menulis, jadi mama tulislah untuk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat dan kuat anak mama abah.
“Siang tadi, dapat call dari NICU, HBSB kata perlukan darah mama untuk masukkan dalam badan Baby Danial.
“Lepas itu bila beritahu kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sebelum pergi haritu dan tahu stok darah mama ada lagi, dorang call semula bagitahu tak apa memang stok ada lagi. Boleh datang Isnin pagi.
“Petang tadi hospital call lagi, bagitahu ada doc nak jumpa nak cakap fasal Baby Danial (doc ramai, bertukar ganti) masa tu mama abah dah sampai Tapah. Berdebar-debar rasa bila kata doc nak jumpa tu. Rasa nak terus terbang supaya cepat sampai sebab dah terfikir macam-macam dah.
“Sampai Sungai Buloh pukul 10.30 pm tadi terus ke NICU... Dari jauh nampak dah kaki Danial bergerak-gerak.
“Ya ALLAH bersyukur sangat-sangat! Baby kami masih ada. Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia... Berlinang air mata.
“Doc datang jumpa tanya tahukan macam mana keadaan baby. Pendarahan, paru-paru tak kuat bila bla bla dan yang terbaru…
“Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin untuk bernafas... Maximum dah penggunaan mesin tu untuk baby seusia Danial. Jadi memang kondidinya sangat kritikal bla bla blaaa. Malam ni jangan pergi jauh-jauh la ye kata doc.
“Ya Allah... Sayu dengar bila doc cakap macam tu. Tapi dari awal pun beberapa orang doc cakap point yang sama juga, 50/50 peluang untuk hidup sebab baby Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia dengan berat hanya 535gram berbagai kemungkinan boleh berlaku.
“Tapi saya dan suami kuatkan hati, tak putus berdoa dan berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sebab ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya
“Tiada apa yang saya harapkan dari sahabat-sahabat di sini. Mohon teruskan doa untuk baby kami ye. Hanya DOA boleh ubah takdir dia.
“Ikutkan takut nk share keadaan baby tapi kalau tak share, takde pulak yang mendoakan untuk baby kami nanti #SemogaAdaRezekiUntukPelukBabyDanial #MohonDoaBerterusanUntukBabyDanial #HanyaDoAbulehUbahTakdir #ALLAHUAKBAR #Gambardarigoogle,” kongsinya.
Terdahulu, Abby terpaksa melahirkan bayi lelakinya secara pembedahan dan pra matang demi menyelamatkan nyawa kedua-duanya selepas Abby mengalami tanda-tanda bersalin pada awal pagi.
Sebelum ini pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.