BERITA
Adakan Majlis Doa Selamat Untuk Perniagaan & Majlis Perkahwinan, Elfira Loy Dihujani Ucapan Tahniah!
Pelakon popular, Elfira Loy telah mengadakan majlis doa selamat sempena pembukaan kafe terbarunya dan sekaligus untuk kelancaran majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada Januari depan.
Elfira bersyukur kerana majlis doa selamat yang diadakan pada hujung Sabtu lalu berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah selesai bacaan yasin cafe dan doa selamat untuk majlis kami.
"Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa," tulisnya.
Perkara itu dikongsi Elfira menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah serta selamat maju jaya untuk Elfira.
Tidak ketinggalan beberapa rakan artis seperti Janna Nick, Nabila Razali, Izara Aishah dan Datin Paduka Umie Aida.

Selepas mengikat tali pertunangan dengan Faris Khairol Anuar pada 2 September lalu, pelakon Elfira Loy dikhabarkan bakal melangsungkan perkawinannya pada 1 Januari 2019.
Must-Watch Video