Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC 2) yang dibintangi pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo masih menjadi bualan hangat.

Biarpun sudah masuk minggu kedua tayangannya di pawagam namun masih menerima sambutan hangat penonton.

Buah tangan Riri Reza ini sememangnya dinantikan oleh peminat setia filem itu sejak 14 tahun yang lalu, kerana ingin menonton kesudahan kisah Cinta dan Rangga.

Namun selepas ditayangkan, pelbagai respon yang diberikan oleh pengikut AADC terutamanya dari segi plot penceritaan dan cinematografi filem tersebut.

Ada yang suka dan jatuh cinta dengan filem itu sehingga sanggup menonton berulang kali dan ada juga yang merasakan AADC 2 kurang menyengat.

Bagaimanapun, Astro Gempak rasa lebih baik sekiranya anda sendiri yang pergi menonton AADC 2 di pawagam, ialah pendapat setiap orang kan berbeza.

Ini merupakan antara beberapa review pendek yang diberikan oleh mereka yang sudah menonton AADC 2: