Berita
Jenazah Bayi Dibeku 2 Minggu, KKM Telah Mulakan Siasatan Terhadap Hospital Swasta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah memulakan siasatan terhadap dakwaan sebuah hospital swasta di Selangor yang menahan jenazah bayi selama dua minggu kerana kegagalan ibu bapanya menjelaskan bil hospital.
Pihak berwajib sedang jalankan siasatan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, siasatan itu dilakukan oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)."Jadi, saya mahu semua dalam kalangan kita untuk bersikap penuh ihsan, belas kasihan dan menjaga empati kita," katanya seperti yang dilapor Sinar Harian."Saya secara jujur mahukan semua pihak bertenang dan mengizinkan untuk pihak berwajib yang menjalankan siasatan termasuk CKAPS pun turun sama (menyiasat)."Saya menantikan dengan sabar untuk mendapatkan dapatan penuh daripada semua pihak berwajib yang sedang menjalankan siasatan termasuk pihak kami, CKAPS yang telah turun mendekati beberapa pihak terbabit.
Ada pelbagai dakwaan
Tambah Dr Dzulkefly, isu itu tidak mudah kerana ada pelbagai dakwaan.Justeru, beliau mengingatkan semua pihak untuk bersabar dalam mendapatkan fakta yang sebenarnya, sebelum membuat apa-apa andaian.
Terdahulu, sebuah hospital bersalin menafikan dakwaan pihaknya menahan jenazah seorang bayi selama dua minggu, sebaliknya menjelaskan memberi kebenaran bayi berkenaan dikebumikan sebelum bayaran bil hospital dibuat."Saya juga ingin mengucapan takziah kepada keluarga bayi terbabit dan berharap semua pihak tidak menyebarkan cerita yang belum dipastikan kesahihannya," jelasnya.
Pihak hospital menjelaskan bahawa pesakit atau ibu kepada bayi berkenaan datang ke hospital dalam keadaan hendak bersalin dan mengakui tidak pernah menjalani pemeriksaan sepanjang kehamilannya tetapi pemeriksaan dibuat menggunakan perisian aplikasi telefon. Ibu kemudian mengaku belum berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN:Hospital Swasta Tampil Perjelas Isu Simpan Mayat Bayi 2 Minggu, Dakwa ‘Suami Isteri’ Belum Berkahwin
ARTIKEL BERKAITAN:KKM Digesa Siasat Kes Hospital Swasta Simpan Mayat Bayi Lebih Dua Minggu Dalam Peti Ais
ARTIKEL BERKAITAN:Mayat Bayi Diletak Dalam Peti Ais Selama 16 Hari, Ini Kronologi Bapa Tak Cukup Duit Bayar Bil Hospital Swasta - “Kawan Saya Panik…”
Sumber: SINAR HARIANMust-Watch Video