Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza merasakan anak sulungnya, Siti Aafiyah begitu cepat membesar.

Pejam celik, kanak-kanak comel itu bakal memasuki usia tiga tahun tidak lama lagi.

Menurut Siti, memandangkan Aafiyah bakal bergelar kakak tidak lama lagi, dia akui sedikit beremosi mengenainya.

"Tak lama lagi anak ibu nak masuk 3 tahun dah, cepatnya Aafiyah membesar.

"Alhamdulillah, nak jadi kakak pula, ibu yang emosi, nanti nak throwback Aafiyah masa baby la," tulisnya di Instagram.

Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian ramai pengikut Siti di ruangan komen.

Rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Terdahulu, Siti mengesahkan dia hamil empat bulan pada Disember 2020.

Pendedahan itu sekaligus menjawab teka teki ramai selepas melihat perubahan bentuk badan penyanyi nombor satu negara itu.

BACA : Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan