Laman Utama

Aaron Aziz Kongsi Kesedihan Tunai Solat Jenazah Ibu Tanpa Ahli Keluarga Lain

gempak
Asraf Aided
10/11/2020
03:16 MYT
Sponsor Banner
Aaron Aziz Kongsi Kesedihan Tunai Solat Jenazah Ibu Tanpa Ahli Keluarga Lain
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz berkongsi rasa sedih apabila tidak dapat menunaikan solat jenazah buat arwah ibunya bersama ahli keluarga baru-baru ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan di negara kita.
Aaron berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Aaron, hanya Tuhan yang mengerti tentang perasaan perit yang dialaminya itu.
"Kesakitan apabila tidak dapat solat jenazah bersama insan-insan tersayang, hanya Allah yang tahu.
"Semoga Allah pelihara arwah Bonda tercinta dalam urusannya di Alam Kubur, agar sejuk, lapang dan ditemani seseorang yang cantik dimana ia adalah Al-Quran yang Bonda sentiasa menhaji setiap hari sebelum dapati masalah mata.
"Love you Mummy, forever and ever," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Aaron menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan buat ibunya di alam sana.
Difahamkan, ibu Aaron, Allahyarham Juriana Jaafar meninggal dunia di sebuah pusat perubatan Singapura malam Sabtu akibat mengalami serangan jantung.
BACA : Ibu Aaron Aziz Meninggal Dunia, "Ambil Lah Segala Kerja Amal Ku Untuk Menemani Di Alam Barzakh"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live