Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aaron Aziz & Rosyam Nor Bakal Berentap? Pertemuan Dua Datuk Ni!

Zulaikha Yusof
08/10/2019 04:09 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz dan Datuk Rosyam Nor bakal dipertemukan dan berentap!

Seperti watak popular mereka dalam filem KL Gangster, Malek dan Tailong, Aaron dan Rosyam bakal bersaing atas satu gelanggang!

Ha, jangan risau kerana mereka bukanlah bersaing di gelanggang pergaduhan!

Aaron dan Rosyam merupakan antara bintang program realiti komedi, All Stars Buka Panggung yang layak ke pusingan separuh akhir yang bakal berlangsung Jumaat ini.

Dua nama yang dikenali ini pasti akan mencuri perhatian penonton ketika berentap di atas pentas yang sama.

Mempunyai bakat yang besar dari segi lakonan, semestinya mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk berebut tempat ke pusingan akhir.

Mampukah mereka membuktikan bakat dari sisi yang berbeza di pentas komedi?

Antara Aaron dan Rosyam siapakah yang lebih menyerlah melantun idea serta akan menguasai corak pertandingan nanti? Nantikan...

Selain Aaron dan Rosyam, antara pemenang ASBP untuk episod-episod lain yang akan bersama adalah iaitu Zulhuzaimy, Rita Rudaini dan Noorkhiriah pada pusingan separuh akhir pada Jumaat ini.

Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh ASBP.

ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
#Aaron Aziz #Rosyam Nor #ASBP
;