HIBURAN
Aaron Aziz Tegur Dma Islam Hina Jurusan Komunikasi & Seni Di Universiti - “Buang Je La Islam Dalam Nama Kau”
Pelakon Aaron Aziz mengecam tindakan seorang individu dikenali sebagai DMA Islam yang didakwa memperlekehkan beberapa jurusan seni di universiti.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 49, tampil membalas kenyataan individu tersebut yang menyifatkan jurusan seni seperti Komunikasi Media (Masscom), Teater dan Muzik di universiti sebagai jurusan paling ‘bodoh’ dan tidak wajar dipelajari.
“Nama guna DMA Islam. Tapi tak habis habis kutuk orang. Macamlah kau terpaling Professor. Buang je la nama ‘Islam’ kalau kau nak burukkan seni orang lain,” tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan filem KL Gangster itu turut menegaskan bidang seni dan komunnikasi itu telah banyak menyumbang kepada pembangunan industri hiburan negara.
“Industri Mass Communication ni lah yang naikkan industri filem ratusan juta. Kepala Bana,” bidasnya.
Setakat ini, DMA Islam masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau permohonan maaf berhubung isu yang tular tersebut.