Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aaron mendakwa dia tidak menerima sebarang bayaran hasil kerjasama dengan pihak tersebut.
Aaron turut kesal apabila kejadian tersebut berlaku selepas insiden isterinya, Datin Diyana Halik mengalami kerugian wang syarikat akibat dicuri pekerja sendiri.
“Malah saya bagi pinjam hampir RM90,000 pun tak dibayar,” tulisnya.
Lebih mengejutkan, pelakon filem KL Gangster itu turut berkongsi dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami bacaan tekanan darah yang tinggi.
"Sekali lagi syarikat haji umrah buat hal. Kata orang tua, buat baik pun kena berpada-pada.
"Sampai di hospital, tekanan darah 179," kongsinya.
Aaron turut berkongsi video yang memaparkan bacaan tekanan darahnya di sebuah hospital.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat mendoakan agar kesihatan Aaron kembali pulih dan berharap kes tersebut dapat diselesaikan segera.