HIBURAN
Aazief Khalid Tampil Beri Pendapat Tentang Isu Ciplak Sampin - “Mungkin Betul Elrah Telah Copy Design Bulat-Bulat Tapi..."
Isu mengenai jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive yang didakwa meniru rekaan kain samping bermotifkan keris turut mendapat perhatian personaliti media sosial, Aazief Khalid.
Keris lambang negara
Menerusi perkongsian di aplikasi Thread, Aazief tampil meluahkan pendapatnya tentang perkara itu.
Menurut Aazief, keris merupakan lambang negara dan bukanlah hak eksklusif seseorang individu sebaliknya sebahagian daripada warisan budaya.
“Jenama tempatan antiloque serta kebaya.societe telah mempertikaikan tuntutan anda terhadap reka bentuk keris
“Mungkin betul, Elrah telah menyalin reka bentuk bulat-bulat (ini agak ketara), tetapi anda tidak mempunyai domain atau pemilikan motif keris berdasarkan ‘keturunan’ anda.
“Keris adalah lambang negara. Anda telah menggerakkan platform awam anda untuk menuntut sebaliknya, dan jenama yang lebih kecil akan mendapat kecaman kerananya.
“Bahagian yang paling teruk? Mereka telah membuat design tersebut sebelum anda. Bila kebaya.societe debunk, kau ugut nak saman,” maklumnya.
Pernah ada sampin serupa dijual
Jelas Aazief lagi, motif keris merupakan simbol negara dan boleh ditanda (treadmark) sebagai barang fesyen dan sebelum ini juga ada sampin yang serupa pernah dijual.
“Anda mendakwa bahawa ia adalah daripada keturunan anda, namun bahan dan garis masa sejarah tidak ditambah.
“Motif yang dimaksudkan, yang disenaraikan dalam hak cipta Emran sebagai ‘Keris Beko’ dan ‘Keris Sepukal’, bukan dari Selangor, di mana anda mendakwa daripada keturunan diraja.
“Keris Beko? Berasal dari Kelantan. Keris Sepukal? Berasal dari Bugis. Kedua-duanya tidak mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Selangor atau Bukit Jugra, walaupun DM Emran menuntut hak nenek moyang.
“Sampin serupa pernah dijual sebelum ini. Saya fikir isu yang lebih besar sebenarnya adalah hakikat bahawa motif keris, yang merupakan simbol negara dan sejarah, boleh ditanda dagangan sebagai barang fesyen.
“Takkan orang lain tak boleh guna keris dah lepas ni?” jelasnya.
Berikut merupakan penjelasan penuh pendapat Aazief mengenai isu berkenaan:




ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Tyra Kamaruzzaman Tampil Jawab Tuduhan Sengaja Nak Tumpang Populariti Elrah Exclusive
Terdahulu, pengasas Elrah Exclusive, El Azman tampil menjelaskan kontroversi yang timbul berhubung penggunaan motif keris dalam koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025.
Menurutnya, tuntutan yang dibuat oleh pihak terbabit tidak berasas kerana motif keris bukanlah hak milik eksklusif mana-mana individu atau organisasi.
Sebaliknya, merupakan sebahagian daripada warisan budaya Nusantara yang telah lama wujud dalam seni tekstil Melayu.