Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-73 hari ini.

Sudah memasuki hampir tiga bulan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, tokoh kelahiran Muar Johor itu semakin disayangi dan disanjung tinggi.

Difahamkan Muhyiddin yang juga ADUN Gambir kini berada di negeri Johor bagi menghadiri upacara perasmian pembukaan penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di Bangunan Sultan Ismail di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.



Menerusi laman Facebook rasmi beliau, rakyat Malaysia dilihat sudah membanjiri hantaran terbarunya dengan ucapan dan doa.

Mendapat jolokan ‘abah’, rata-rata memohon agar Muhyiddin diberikan kesihatan yang baik, diberikan kesabaran, ketabahan serta sentiasa dilindungi bagi terus memimpin negara ke arah yang lebih baik.

“Happy birthday abah Muhyiddin Yassin. Semoga abah dimurahkan rezeki dan dipermudahkn segala urusan di dunia dan akhirat, insyallah amin,” ucap seorang wargamaya.

“Selamat hari lahir PM kesayangan saya. Semoga terus istiqomah dan menabur bakti kepada rakyat malaysia. Semoga Allah lindungi Tan Sri dari segala hasad dengki dan kejahatan org lain. Terus teguh berbakti, semoga Allah memberi kesihatan yang baik serta umur yang panjang, amin,” tulis seorang wargamaya.

“Selamat ulang tahun kelahiran Tan sri. Semoga sentiasa dirahmati Allah. Saya sebagai ibu ingin menyampaikan ucapan dari anak saya yang sama birthday dengan Tan Sri dan juga lahir di Muar,” luah seorang wargamaya.



“Selamat hari lahir TSMY, semoga Allah memberkati segala usaha Tan Sri menerajui negara kearah yang lebih baik. InshaAllah berkat kesabaran, ketabahan, kini menjadi kesayangan rakyat. You are Great Leader Sir,” komen seorang wargamaya.

“15 Mei, Selamat Hari Lahir PM ke 73. Semoga PM sihat selalu, panjang umur, sentiasa dirahmati Allah, bahagia hidup bersama isteri dan keluarga tersayang. Allah permudahkanlah segala urusan PM dunia akhirat. Amin,” kata seorang wargamaya lagi.

Kami di Gempak ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-73 kepada Muhyiddin, semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan urusan mentadbir negara dipermudahkan.