Tahun lalu, aksi 'abang bomba' flex dari jentera rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika perarakan Hari Kebangsaan tular di sosial media.

Selain aksi spontan itu, jeritan 'abang bomba selamatkan saya' menjadi audio paling viral sepanjang tahun hingga sekarang.

Terkini, pastinya kemunculan pasukan 'abang bomba' dalam perarakan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya menjadi hal yang didamba dan dinanti-nantikan ramai.

Tidak tersilap telahan apabila beberapa klip aksi abang bomba di atas jentera rasmi mereka tular lagi tahun ini.

Dengan beruniform dan bert-shirt rasmi mereka, aksi sekumpulan abang bomba 'flex' otot lengan mengundang jeritan hadirin yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini.

Selain di lokasi, jeritan itu juga terbukti jelas kedengaran dalam siaran langsung yang dipancarkan di televisyen pada pagi Khamis.

Malah, ada juga yang sempat merakamkan aksi abang bomba memegang sepanduk 'sayang kamu ketat-ketat' yang ditularkan di media sosial.

Selain itu, turut mencuri tumpuan sepanduk tertulis; "Api memang panas, tetapi kamu penyejuknya"

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


BACA: Comelnya Hawa Rizwana Jadi Kakak Bomba! Dah Bersiap Lepas Solat Subuh, Semangat Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

Jom layan beberapa klip viral abang bomba sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-66. Korang suka yang mana?
@kumbangtiraibesi Abang Bomba Datang lagi di Dataran Putrajaya sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 66 #fyp #fyp #malaysiatiktok #malaysiamadani #cauntingdaysmerdekamalaysia #merdeka2023 #semangatmerdeka #abangbomba ♬ original sound - Abe - 64C
@thelyna.co Bomba sado ?? #bombaviral #foryoupage #harikemerdekaan #merdeka2023❤️?? #fyp #abangbombaviral2023 #raptaimerdeka2023 #malaysiamadani?? #bombasado #abangbomba #merdeka2023 #fypシ゚viral #harikemerdekaan2023 #abambomba #abambombaviral ♬ original sound - Bro Izan86
@utusantvofficial Rakyat zahir semangat patriotisme, cintakan negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2023. ? RTM. #31ogos #merdeka #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ MALAYSIA - Faizal Tahir
@ohbulanofficial Abang Bomba ? #ohbulan #semasa #perarakan #merdeka #hari #merdeka #abang #bomba ♬ original sound - OHBULAN!