Abang Adik Kutip RM5.2 Juta Di Malaysia, RM13.5 Juta Di Taiwan!
Amri Hassan
09/01/2024 10:44 MYT
09/01/2024 10:44 MYT
Filem arahan sutradara kelahiran Taiping, Perak, Jin Ong berjudul Abang Adik mencipta sejarah tersendiri apabila memecah rekod panggung di Taiwan dengan kutipan NT$90mil (RM13.5juta) dalam tempoh hari tayangan.
Berita gembira itu sekaligus menjadikan Abang Adik sebagai filem tempatan pertama memegang rekod tersebut.
Manakala, di Malaysia pula, Abang Adik berjaya mengutip sebanyak RM5.2 juta setakat 24 hari tayangan sehingga 6 Januari 2024.
Pengarahnya, Lay Jin Ong teruja dan tidak menyangka Abang Adik berjaya memecah rekod dengan meraih kutipan tinggi di negara luar.
"Pencapaian ini sangat manis buat kami apatah lagi menjadi filem pertama Malaysia yang memegang rekod tersebut.
"Kami sangat berterima kasih dengan segala respons dan komen positif yang diberikan oleh penonton," katanya.
Ujarnya, kejayaan tersebut juga diharap dapat memberi 1,001 insipirasi dan semangat untuk lebih ramai lagi sutradara tempatan menghasilkan karya lebih hebat.
"Dengan kutipan yang cukup memberangsangkan ini, kami berharap agar penonton terus menyokong pembikinan filem Malaysia lain.
"Harap kejayaan ini membuka mata ramai pihak bahawa filem tempatan juga setanding dengan kehebatan naskhah antarabangsa," tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman berkata, penceritaan yang disampaikan dan cara diterjemahkan kepada penonton adalah sangat bagus
"Penceritaan sangat penting dalam sesebuah karya. Abang Adik bukan filem
mengenai individu tetapi naskhah tentang Malaysia.
"Saya kagum filem ini dapat sambutan hebat. Cabaran kita selepas ini ialah untuk hasilkan lebih banyak karya yang lebih bagus.
"Secara peribadi, filem ini mengggunakan teknik kamera yang sangat bagus
Pengarah membiarkan penonton masuk dalam emosi setiap karakter," ujarnya.
Abang Adik yang berlatarkan kawasan tersembunyi tengah ibu negara mengangkat kisah dua lelaki tanpa dokumen termasuk seorang daripadanya orang kelainan upaya pendengaran (OKU) mengharungi kehidupan sukar.
Tanpa dokumen, mereka berdepan risiko ditahan pihak berkuasa biarpun dilahirkan sebagai anak Malaysia membuatkan filem gandingan aktor tempatan, Jack Tan bersama Kang Ren itu sangat menyentuh hati.

Pada November lalu Kang Ren diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Golden Horse Ke-60 untuk peranannya sebagai lelaki bisu dalam filem terbabit.
Abang Adik turut mencipta sejarah sebagai filem Asia Tenggara pertama yang menyapu bersih tiga hadiah utama pada Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali pada April lalu.
Naskhah berkenaan membawa pulang trofi Golden Mulberry, Black Dragon Critics dan Anugerah White Mulberry bagi kategori filem cereka terbaik.

Berita Trending:"Bukan Nak Bagi Orang Menangis" - Mainan Emosi 'Abang Adik', Metafora Babak Pecahkan Telur Di Dahi!