Abang Bakar Rumah Sebab Adik Tak Nak Bagi…
Izwan Isa
25/08/2023 04:50 MYT
25/08/2023 04:50 MYT
Gara-gara marahkan adik tidak mahu memberikan rokok, seorang lelaki dipercayai membakar rumah pusaka keluarga dalam kejadian di Pokok Sena, Kepala Batas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Assiten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata dalam kejadian jam 9 malam Rabu itu, suspek berusia 47 tahun yang juga penagih dadah dipercayai memulakan kebakaran di bilik tidurnya.
Katanya, suspek dipercayai membakar langsir rumah menggunakan pemetik api sebelum api merebak ke keseluruhan rumah.
"Siasatan mendapati suspek yang baru keluar dari penjara pada bulan Jun lepas dikatakan mengamuk dan marah selepas adiknya enggan memberikan rokok kepadanya.
"Adik suspek yang tidak tahan dengan amukan suspek telah keluar ke Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan tentang kejadian itu.
"Bagaimanapun semasa dalam perjalanan ke balai polis, dia mendapat panggilan daripada jiran yang memberitahu suspek telah membakar rumah keluarga mereka.
"Rumah dua tingkat yang mempunyai lima bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur itu didiami oleh ibu mereka selain suspek dan adiknya.
"Ketika kejadian, hanya suspek berada di rumah manakala ibu mereka melawat anak perempuannya di Balik Pulau," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Asri berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai 14 rekod kesalahan lampau.
Suspek direman di Mahkamah Butterworth dan kes disiasat dibawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Sumber: Astro Awani
BACA: [VIDEO] Akibat Tidak Dapat Harta, 3 Beradik Nekad Bakar Rumah Nak Bunuh Ibu Kandung