,
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

Gempak
12/09/2024
05:30 MYT

Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.

Didakwa Lagi Di Mahkamah

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh berusia 24 tahun yang memakai baju berwarna hitam tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi bagi pertuduhan memuat naik komen jelik berhubung video seorang kanak-kanak perempuan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan TikTok dengan nama akaun 'Abang Bas' yang secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kapsyen 'hari ini crush buat homework' diikut tanda 'love' sambil memerhatinya.

Sempat Tunjuk Mini Love

Tertuduh sempat menunjukkan 'mini love' selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada Khamis.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Aman 2, Taman Budiman, Parit Raja, di sini, jam 11 malam, 5 September lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurizzati Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain

Tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada Khamis.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Hakim Osman Affendi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen Muar selari dengan Sesyen 165 Kanun Tatacara Jenayah dengan 10 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Sementara itu, selepas selesai pendakwaan, ahli keluarga 'Abang Bas' iaitu ayah dan kakaknya dilihat memeluk lelaki itu dan suasana bertukar hiba kerana masing-masing menangis.

Sebelum kenderaan membawa 'Abang Bas' meninggalkan mahkamah, lelaki itu sempat memberikan 'mini love' kepada ahli keluarganya.

Selasa lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Muar dengan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Manakala pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagaimanapun, dia juga mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ini dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 namun gagal membayarnya.

Sebelum ini, tular di TikTok seorang lelaki yang juga pemilik akaun ‘Abang Bas’ dengan lebih 640,000 pengikut di platform berkenaan sering memuat naik video jelas memaparkan wajah murid yang menjadi penumpangnya.

Susulan video itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) membuat laporan polis.

Susulan itu, tertuduh yang masih bujang ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira jam 2.57 pagi Jumaat lalu.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

gempak
03/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Uqasha Sensrose menyatakan dia tekad untuk meneruskan kes fitnah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya ke mahkamah.
Hiburan

Rosyam Noor Takut Nak Ulas Isu Cerai Artis Lebih-Lebih - “Walaupun Dah Berpuluh Tahun Kahwin, Semua Tu Kerja Tuhan”

gempak
29/10/2024
08:25 MYT
Pelakon prolifik, Datuk Rosyam Noor akui takut dengan perkhabaran perceraian rakan artis sejak akhir-akhir ini.
Viral

Bekas Ratu Cantik Negara Syukur Menang Kes Saman Bapa Mentua Yang Juga Tokoh ASWAJA - “Hanya Allah Yang Tahu Betapa Sakitnya Di Tangan Mereka”

gempak
28/10/2024
04:50 MYT
Pelakon dan bekas ratu cantik negara, Nor Shakila Saiful memanjatkan rasa syukur apabila mahkamah memberi kemenangan terhadapnya berhubung saman bekas mentuanya yang juga tokoh ASWAJA, Engku Fadzil.
Hiburan

Shikin Maembong Ulas Kes Cerai Emma - “Ada Nasihat Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami..”

gempak
26/10/2024
00:07 MYT
Pelakon, Shikin Maembong mendedahkan adiknya, Emma Maembong ada meminta nasihat berhubung kes cerai bersama bekas suami baru-baru ini.
Hiburan

Hanya Berlalu Pergi, Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu… Enggan Komen Kes Khalwat Ditangguh

gempak
17/10/2024
04:13 MYT
Aktor kontroversi Aliff Aziz dan pelakon sensasi Ruhainies terus diam membisu usai mahkamah menetapkan kes khalwat yang melibatkan mereka berdua ditangguhkan Februari depan.
Unitar