Sekilas
- Bella Astillah meluahkan rasa sebak dan bangga melihat suaminya, Syed Saddiq, menamatkan cabaran Ironman Malaysia walaupun sibuk dengan pelbagai perkara.
- Syed Saddiq berjaya menamatkan Ironman Malaysia dengan catatan masa 12 jam 48 minit dan 38 saat, walaupun kurang masa untuk latihan.
- Bella berkongsi hujung minggu penuh momen membanggakan bersama keluarga kecilnya, termasuk aktiviti Ironkids bersama anak mereka.
Penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa sebak selepas melihat perjuangan suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam menamatkan cabaran Ironman Malaysia.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkata Syed Saddiq banyak melalui pelbagai perkara sejak kebelakangan ini sehingga sukar untuk menerima latihan yang sewajarnya.
“Saya masih beremosi melihat suami saya tamatkan di garisan akhir Ironman. Syukur Alhamdulillah.
“Hidup sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak pelbagai perkara yang sedang berlaku dan tiada masa sangat nak buat latihan yang sepatutnya. Jadi, dapat lihat dia tamatkan Ironman pun dah sebak sangat. Saya tahu ia tidak mudah dan saya sangat bangga dengan awak sayang. Awak berjaya,”tulisnya.
Dalam masa sama, Bella turut berkata aktiviti hujung minggunya penuh dengan momen membanggakan bersama keluarganya.
"Alhamdulillah, hujung minggu saya penuh dengan momen yang membanggakan (Ironkids dengan si kecil dan Ironman dengan suami saya. Saya sangat bangga dengan keluarga kecil saya,”ujarnya.
Sekadar info, Syed Saddiq menamatkan sukan Ironman Malaysia dengan catatan masa selama 12 jam 48 minit dan 38 saat.