Abang Ipar Dakwa Suami 18 Bulan Tak Sentuh Ria Ricis, Jadi Punca Cerai?
Maliah Surip
04/02/2024 08:55 MYT
04/02/2024 08:55 MYT
Kisah rumah tangga YouTuber dan pelakon Ria Ricis dengan suami, Teuku Ryan memang sedang menjadi perhatian.
Di sebalik sikap diam tidak mahu memberi kenyataan yang diambil Ria Ricis selepas memfailkan penceraian saat bertemu media Indonesia, secara tiba-tiba abang ipar yang juga suami kepada kakaknya, pendakwah terkenal Oki Setiana Dewi, oleh Ori Vitrio Abdullah atau Rio mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.
Rio mendakwa pasangan yang baru menikah dua tahun itu memang dalam proses cerai.
“Mereka memang dalam proses cerai kerana telah berlaku kesalahan yang sangat besar dalam rumah tangga,” dakwa Rio seperti dilaporkan Viva.co.id.
“Saya fikir sudah ramai yang tahu kerana telah heboh di sosial media. Dari selepas melahirkan anak sehingga sekarang tidak disentuh suami, apa maksud nikah?”kata Rio lagi.
Mendengar kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan abang iparnya, Teuku Ryan dilihat pantas membalas.
Menerusi ruangan komen di sebuah akaun gosip di Instagram, lelaki itu menulis pesan buat Rio.
“Dari lahiran tidak disentuh? Jangan memfitnah baiknya. Allah maha tahu, Mas Rio juga faham agama. Mohon support saja yang baik-baik," tulis Teuku Ryan.
BERITA TRENDING: Adik Pendakwah Oki Setiana Dewi, Ria Ricis Fail Cerai, Mahu Hak Asuh Anak
Ia lantaran ibu satu anak itu telah memfailkan cerai terhadap suaminya baru-baru ini.Di sebalik sikap diam tidak mahu memberi kenyataan yang diambil Ria Ricis selepas memfailkan penceraian saat bertemu media Indonesia, secara tiba-tiba abang ipar yang juga suami kepada kakaknya, pendakwah terkenal Oki Setiana Dewi, oleh Ori Vitrio Abdullah atau Rio mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.
Rio mendakwa pasangan yang baru menikah dua tahun itu memang dalam proses cerai.
PILIHAN PEMBACA: Demi Konten, YouTuber Sanggup Bawa Anak 5 Bulan Naik Jetski & ATV
Salah satu faktor penceraian tersebut dipicu oleh sikap Teuku Ryan yang didakwa sudah tidak lagi menyentuh atau melakukan hubungan badan dengan Ria Ricis selama sekitar 18 bulan, usai isterinya melahirkan anak mereka, Moana“Mereka memang dalam proses cerai kerana telah berlaku kesalahan yang sangat besar dalam rumah tangga,” dakwa Rio seperti dilaporkan Viva.co.id.