Selepas beberapa bulan spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka dihidu, pelakon dan YouTuber terkenal, Ria Ricis akhirnya membenarkan khabar buruk tersebut.

BERITA TRENDING: Rumah Dimasuki Ular, YouTuber Beli Kediaman Baharu - "Saya Rasa Tak Selesa"

Ria yang juga merupakan adik pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Teuku Ryan pada 30 Januari 2024.

Wanita berusia 28 tahun tersebut memfailkan penceraian melalui sistem e-court dan telah disahkan oleh pihak Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan seperti dilaporkan Detik.com.

Isteri Teuku Ryan itu dilaporkan melayangkan tiga tuntutan iaitu cerai, nafkah dan hak asuh anak.

Kes penceraian pasangan selebriti yang berkahwin pada 2021 dan dikurniakan dua anak perempuan itu akan berlangsung pada Februari ini.

PILIHAN PEMBACA: Bawa Anak Lima Bulan Naik Jetski, Ria Ricis Mohon Maaf - “Kami Akui Memang Salah, Jangan Tiru Aksi Ini”

Ironi pasangan tersebut sempat menjalani umrah bersama awal bulan ini dan Teuku Ryan tidak menfaikan sedang berdepan masalah rumah tangga.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan masalah yang terjadi sebaliknya meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka.