Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Abang Ipar Syatila Melvin Meninggal Dunia

Syafiqah Jalal 27/08/2018 | 04:15 MYT
Abang ipar kepada pelakon Syatila Melvin iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman telah meninggal dunia pada awal pagi tadi.
Berita itu disahkan sendiri oleh Syatila menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Isteri kepada Shaheizy Sam itu yang sedih menerima perkhabaran tersebut turut meminta semua sedekahkan surah al-Fatihah buat abang iparnya.
Suami kepada juara Gadis Melayu musim kedua, Datin Seri Syafiqa Melvin itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.07 pagi tadi.
Syafiqa turut berkongsi berita pemergian suaminya itu di IG miliknya.
Menurut Syafiqa, suaminya yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan serta Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu bakal dikebumikan di Masjid Sg. Acheh Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas waktu Asar.
Mereka turut dihujani ucapan takziah daripada pengikutnya yang turut bersedih di atas pemergian arwah.

Al fatihah ♥️ love u @dzainalabidin

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Salam, buat semua yang mengenali suami saya, Dato Seri Zainal Abidin Osman... beliau baru saja dijemput yang maha Esa pada pukul 2.07 pagi tadi ( 27 Ogos 2018 ) . InshaAllah jenazah akan dikebumikan di masjid Sg. Acheh, Nibong Tebal selepas Asar hari ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, saya mewakili suami memohon ampun maaf andai ada dia tersilap kata terhutang apa apa dengan kalian. Terima kasih. - Datin Seri Syafiqa Melvin.

A post shared by Syafiqa Melvin (@syafiqamelvin) on

#pelakon #Pelakon #Syatila Melvin #Datuk Seri Zainal Abidin #Syafiqa Melvin
;