Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

Maliah Surip
16/09/2024 21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Tito merupakan salah seorang abang kepada legenda muzik dunia, mendiang Michael Jackson dan Janet Jackson.

Punca kematiannya didakwa akibat serangan jantung.

BERITA TRENDING: Gambar B*gel Michael Jackson Bakal Didedahkan Lepas 2 Lelaki Dakwa Jadi Mangsa Pedofil

Pemilik nama sebenar Toriano Adaryll merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik. Dia merupakan penyanyi dan pemain gitar dalam kumpulan Jackson 5 yang turut dianggotai oleh Jackie, Jermaine, Marlon dan Michael.

Berita kematian Tito disampaikan oleh tiga anak lelakinya iaitu TJ, Taj dan Taryll menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di Instagram Ahad lalu.

“Dengan berat hati kami ingin memaklumkan bapa kesayangan kami sudah meninggal dunia.

“Kami sangat bersedih dan terkejut di atas pemergiaannya. Bapa kami seorang lelaki hebat yang menjaga kebajikan dan penuh dengan kasih sayang,” tulis kenyataan tersebut lapor CNN.

Terdahulu Tito pernah dirakam menyifatkan kematian Michael pada tahun 2009 telah membuat hubungan mereka adik beradik menjadi lebih akrab.

Jackson 5 yang diasaskan oleh bapa mereka, Joe Jackson sangat popular pada tahun 70-an. Antara lagu hit mereka termasuklah ABC, I Want You Back dan I’ll Be There.

BERITA TRENDING: Dikatakan Mirip Michael Jackson, Netizen Mahu Hael Husaini Yang Lama; “Tolonglah Kembali Macam Dulu”

BERITA TRENDING: Ibu Restu Anak Saudara Jadi Michael Jackson Dalam Biopik

BERITA TRENDING: Pernah Dipanggil Dengan Gelaran B*bi & S*ndal, Janet Jackson Dedah Perangai Buruk Michael Jackson

#Viral #Hollywood #Meninggal Dunia #Michael Jackson #Abang #Tito
;