Pempengaruh media sosial, Aizat Saha mendedahkan pernah ditawarkan wang sebanyak RM500,000 oleh seorang ‘sugar mommy’ hanya untuk menjadi ‘anak ikan’.

Menurut Aizat, mesej nakal itu diberikan oleh seorang individu menerusi direct message (DM) di media sosial.

“Tidak dinafikan saya ada terima beberapa mesej nakal tetapi saya tidak layan.

“Ada juga yang DM dan kata dia adalah ‘sugar mommy’ mahu berikan tawaran RM500,000 dan mohon saya balas mesejnya.

“Tapi sudah tentu saya tak balas sebab saya bukan hidup untuk duit itu. Kalau duit datang dengan cara yang tidak baik seperti itu tak akan menjamin masa depan saya jadi tak perlulah,” ujarnya.

Aizat berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa jenama pakaian HeetamPuteh bersama anak-anak jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) bertempat di Dewan Perkahwinan Lanai Asmara, Shaftsbury Square, Putrajaya pada petang Sabtu.

Bercerita mengenai kehidupannya selepas popular dengan gelaran abang POV di TikTok, Aizat berkta terdapat sedikit perubahan dalam kehidupannya.

“Kalau nak cakap mengenai perubahan, sekarang ini bila saya keluar ada yang mula nak bergambar.

“Saya tidak berasa rimas sebaliknya lebih kepada gembira kerana sebelum ini bila keluar tidak ada sesiapa pun pandang.

“Tapi sekarang lain sedikit, bagi saya benda itu satu kepuasan untuk kita sebab rasa dihargai setiap konten yang kita buat.

“Malah ada juga yang hantar DM ucap terima kasih sebab buat mereka happy dengan konten saya. Saya rasa itu juga merupakan satu rezeki untuk saya,” katanya.

BERITA TRENDING: Makin Popular, Aizat Saha Terima Mesej Lucah! - "Ada Yang DM Hantar ..."


Sekadar info, Aizat mula dikenali di TikTok selepas video-video genre point of view (POV) yang memaparkan kisah pasangan kekasih viral dalam kalangan netizen sehingga dia diberi julukan Abang POV.

Aizat juga tercalon dalam kategori Top 5 Video Tergempak, Anugerah Gempak Most Wanted 2023.