HIBURAN
Abang Pun Restu Syed Saddiq Dengan Bella Astillah, Mohon Doa Yang Baik-Baik - “Saya Jarang Nampak Dia Happy Macam Ni”
Spekulasi mengenai hubungan akrab antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah kini semakin hangat diperkatakan di media sosial.
Abang Saddiq beri restu
Malah keakraban mereka berdua juga turut menarik perhatian abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah.Menerusi satu video tular di media sosial, Syed Abdullah memaklumkan dia merestui sekiranya Syed Saddiq benar-benar mempunyai hubungan dengan Bella.
Malah, dia berharap hubungan pasangan itu berkembang hingga ke peringkat yang lebih serius.
“Jadi bila dia gembira, ia buat saya pun turut sama gembira. Saya tak tahu Bella macam mana tetapi bagi pihak saya, saya nampak dia gembira,” ujarnya.“Kalau boleh kita sama-sama doakan mereka ada jodoh. Kita sama-sama doakan sesuatu yang baik berlaku. “Sebab satu perkara yang saya perasan, saya kenal adik saya lama dan saya jarang nampak dia gembira macam ni.
@grumpymunchkin_bbss Greenlightttt dari abg yb guysssss , kitaa sama² doakan mereka berjodohh aminn 🥹🥹 @Bella Astillah @Syed Saddiq @spacedollah #xyzabc #4u #foryou #bass #syedsaddiq #bellasaddiq #spacedollah ♬ suara asli - Morde Sawaki
ARTIKEL BERKAITAN:Manis Sedondon! Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Netizen Pula Usik: “Parlimen Dulu, Baru Ke Pelamin”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Gigih Siasat, Dakwa Bella Astillah, Syed Saddiq Miliki Keychain Sama - “Couple Keychain Ke?”
ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Syed Saddiq Kopekkan Udang Untuk Bella Astillah Buat Netizen Rasa ‘Annoying’, Ada Juga Yang Pertahan - “Diorang Pun Nak Bahagia”
ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish ‘Approved’ Hubungan Bella Astillah & Syed Saddiq - “Sweet Itu Macam Bukan Olok-Olok"
ARTIKEL BERKAITAN:Semakin Mesra, Netizen Teruja Tengok Syed Saddiq ‘Protect’ Bella Astillah Dari Kucing - “Spontan Je Dia Pegang Tangan…”
Terdahulu, hubungan akrab antara Syed Saddiq dan Bella turut mendapat restu netizen yang rata-ratanya mendoakan pasangan ini bersatu.
Lebih-lebih lagi apabila Bella dilihat menemani Syed Saddiq ke Dewan Rakyat baru-baru ini.
Kehadiran Bella bersama anak lelakinya, Muhammad Ayden Adrean, mencuri perhatian ramai dan menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka semakin serius.
Bagaimanapun, Syed Saddiq dan Bella tidak memberikan sebarang komen mengenai spekulasi hubungan mereka.
Must-Watch Video