Laman Utama
“Abang Tak Main Taik, Adik Yang Gila Bayang”- Sharnaaz Perli Siapa? Netizen Kaitkan Dengan Bekas Kekasih?
Tiada angin, tiada ribut aktor, Sharnaaz Ahmad tampil memuat naik hantaran di Instagram(IG) seperti menegur dan memerli seseorang dengan cara yang kasar.
Menerusi kemas kini berkenan dia menafikan mahu berbalah dan memerli seseorang yang didakwa telah gila bayang.
Dalam masa yang sama memuat naik foto tidak sopan seperti menunjukkan jari tengah bagaimana pun ditutup dengan gambar petak-petak.
“Abg tak main taik dik.. adik yg gila bayang..
“Maaf kalau gambar kurang sopan
“Gambar ni abang rasa macam haram.. tu yang post tu..
“Happy weekend people…,” tulisnya.
Hantaran Sharnaaz itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengaitkan dengan penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah yang juga pernah menjadi kekasihnya.
“Adik tetiba bagi statement lebih-lebih ingat orang tergilakan dia,” komen salah seorang pengikutnya.
“Tulah kan lebih baik dia patah seribu,” kata salah seorang warga maya.
“Jangan, nanti keluar pulak lagi baru berapa kali nak patah pula,” perli salah seorang netizen.
Menerusi tinjauan Gempak hantaran itu dipercayai ditujukan terhadap penyanyi berkenaan selepas satu kenyataan yang diberikan kepada sebuah portal.
Dalam temu bual bersama portal itu, Shila memberitahu dia tidak akan kembali bersama Sharnaaz selepas melalui pengalaman kurang baik ketika bercinta dahulu.
“Masa bercinta dahulu dah tahu jalan cerita tak best,” dakwanya dalam kenyataan berkenaan.
Shila dan Sharnaaz pernah bercinta sebelum berkahwin dengan pilihan masing-masing. Kini pasangan itu sudah berstatus ibu dan bapa tunggal yang mana masing-masing turut dikurniakan seorang anak dari perkahwinan terdahulu.