Perkongsian video pempengaruh media sosial sensasi Abang Tesla dengan isteri keduanya iaitu Nursyafiqa Mohd Hanafi, di TikTok menarik perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, Nursyafiqa memberikan sehelai kertas kepada Abang Tesla yang memperlihatkan lukisan seakan-akan ujian kit yang mempunyai dua garisan.

Selepas melihat lukisan itu, Abang Tesla pada mulanya menyangka isteri keduanya itu dijangkiti Covid-19 memandangkan ia menunjukkan dua garisan.

“Apa benda, you dah tak sayangkan I ke? Apa yang you cuba nak beritahu… geran tanah? Baru kahwin, dah minta geran tanah. Ini apa benda ini double line? You kena covid ke?” soal Abang Tesla.

Bagaimanapun, Nursyafiqa memaklumkan dia bukan terkena jangkitan virus tersebut namun ia merupakan ujian kit kehamilan yang menunjukkan dirinya kini sedang berbadan dua.

“Tak la sayang… I pregnant, serius,” jawabnya.

Gembira dengan berita itu, Abang Tesla sanggup menghabiskan duit membeli beg tangan jenama di sebuah butik untuk isteri keduanya itu.

“Jangan main-main, mana ada orang pregnant tulis dalam kertas. Sebabkan hari ini paling gembira, I nak belanja you handbag. You nak apa, harga pun I tak kisah,” kata Abang Tesla.

Namun kegembiraan itu hanya sekejap saja apabila Nursyafiqa mendedahkan kehamilan itu sekadar ‘prank’ sahaja.


“I prank you saja,” kata Nursyafiqa.

Untuk info, pada 20 Ogos lalu, Abang Tesla telah mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah sekali lagi.

Menurut pempengaruh itu, pernikahan keduanya telah mendapat restu daripada isteri pertamanya, Nurmajdina dan akui reda.

BACA SINI: Sweetnya Ucapan Abang Tesla Sempena Hari Jadi Isteri Muda! - “Hadiah Terindah Adalah Nurmajdina...