Pencipta kandungan TikTok, Abang Tesla yang viral baru-baru ini selepas memuat naik tentang keputusannya untuk berkahwin dua kembali meraih perhatian netizen.
Kali ini, pemilik nama lengkap Muhammad Khal Iltizam Yusry itu memuat naik sepotong video di platform berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada golongan lelaki.
“Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada kaum lelaki. Sebab ramai yang kena marah dengan bini sebab video saya.
“Jadi, saya nak minta maaf kepada lelaki. Saya kahwin dua orang yang kena marah,” katanya.