HIBURAN
Abby Abadi Bidas Komen Netizen Suruh Minta Maaf Dengan Umisya - “Aslam Tu Apa? Kayu Ke? Kenapa Awak Tak…”
Pelakon Abby Abadi mempersoalkan tindakan netizen yang meninggalkan komen meminta dirinya memohon maaf dengan madu kepada anaknya Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan.
Diminta mohon maaf
Menerusi perkongsian di platform Thread, Abby berkata netizen sepatutnya meminta menantunya iaitu Aslam memohon maaf kepadanya atas apa yang telah berlaku dalam keluarganya.
“Orang sebut-sebut nama saya dekat sini. Tiba-tiba ada satu komen suruh saya minta maaf dengan Umisya?
“Kenapa awak tak suruh Aslam tu minta maaf dekat saya atas apa yang berlaku? Aslam tu apa? Kayu ke?Kita diam jangan bagi berbunyi… awak tu kita selotep mulut tu kang! Ha,” tegasnya.
Setuju dengan Abby
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Abby yang mengatakan Aslam adalah individu yang sepatutnya tampil membuat permohon maaf.
ARTIKEL BERKAITAN: "Nampak Bahagia, Tapi..." – Netizen Luah Rasa Sebak Lihat Repost Umisya Mazlan Di TikTok
ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Kongsi Video Aslam Bantu Uruskan Rumah Tangga Ketika Berpantang, Netizen Sebak - “Dia Ayah Yang Baik Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Syukur Proses Bersalin Dipermudah, Netizen Pula Luah Rasa Sebak - “Semoga Aslam Sedar Pengorbanan Isteri Pertama”
“Until now Aslam masih tak minta maaf lagi ke? How could him… moge kak Abby terus kuat dan sampai masanya untuk fikirkan diri sendiri saja.
“Betul, dia lelaki kot… kalau dia tak menggatal juga tak adanya benda ni jadi… apa kena semua nak salah perempuan ni. Lelaki tu tak ada akal ke.
“Kan kenapa pula Abby nak minta maaf patut Aslam tu yang minta maaf ambil anak dara orang tak minta izin langsung, patut dia yang dah ada anak-anak tu yang matang bukan jadi tunggul saja,” komen netizen.
Must-Watch Video