HIBURAN
Umisya Syukur Proses Bersalin Dipermudah, Netizen Pula Luah Rasa Sebak - “Semoga Aslam Sedar Pengorbanan Isteri Pertama”
Personaliti media sosial, Umisya Mazlan menyatakan rasa syukur kerana perjalanan melahirkan cahaya mata ketiganya dipermudahkan.
Proses bersalin tak sakit
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Umisya memaklumkan proses kelahiran tersebut berlangsung tanpa sebarang kesakitan.
Jelas Umisya, pada mulanya dia hanya ke hospital atas tujuan pemeriksaan seperti biasa namun doktor memaklumkan bahawa bukaannya sudah seluas 6cm.
“17 Feb 2025, hari yang sama Misya live berniaga, terus Misya pergi hospital selepas live tu. Datang hospital untuk check up sebenarnya.
“Tapi bila doktor check, bukaan sudah terbuka 6cm, masya-Allah, Misya tak ada rasa sakit apa-apa langsung masa itu. Sungguh Allah mudahkan,” kongsinya.
Ucap terima kasih pada suami
@_umisyamazlan Syurga itu mahal kan? Hebat ibu2 semua. untuk segala lelah semoga berakhir indah. untuk segala kerumitan semoga ditutup dengan kebahagiaan. Simpan sini untuk kenangan 🤍♬ original sound - _umisyamazlan
Dalam hantaran yang sama, Umisya juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Aslam kerana sentiasa berada di sisi dari awal proses bersalin hingga akhir.
“Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya. Anugerah yang tak terdugaz perjalanan yang sangat mudah Allah aturkan untuk Misya.
“Terima kasih banyak Aslam, banyak bantu Misya dari awal sampai akhir,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan berharap suaminya iaitu Aslam lebih menghargai isteri pertamanya selepas ini.


ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kurang Senang Umisya Mazlan Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Respons Empunya Badan
ARTIKEL BERKAITAN:Aslam Sahkan Bayi Sulung Bersama Marissa Dania Meninggal Dunia, Maklum Umisya Mazlan Tahu Berita Kehamilan Dari Awal - "Saya Terima Sebagai Ujian"
ARTIKEL BERKAITAN:"Ya, Kami Masih Bersama" - Umisya Mazlan Kongsi Foto Mesra Berpimpin Tangan Dengan Aslam, Demi Elak Fitnah
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Berdamai Dengan Takdir, Jauh Sekali Dalam Proses Penceraian" - Misya Mazlan
Dakwanya, hubungan sulit itu telah menghancurkan rumah tangganya dengan Aslam sehinggakan mereka bercerai sebelum rujuk semula di dalam tempoh eddah.
Kemudiannya, pada 27 Disember 2023, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand.
Must-Watch Video