HIBURAN
Abby Abadi Enggan Panjangkan Isu Babitkan Keluarga, Harap Marissa Lalui Perkahwinan Dengan Tenang - “Dia Tetap Anak Saya”
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi enggan lagi mengulas soal rumah tangga anaknya, Marissa Dania bersama menantunya, Ahmad Aslam.
Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 48, dia tidak lagi berminat untuk mencetuskan kontroversi sebaliknya hanya mahu Marissa menghadapi perkahwinannya dengan tenang.
“Kami sekeluarga baik-baik sahaja. Saya mengambil pendekatan untuk tidak membuat perkara itu menjadi lebih keruh.
“Saya juga sudah tidak berminat untuk perbesarkan isu ini. Itu pilihan Marissa, biar dia lalui asam garam berumah tangga itu sendiri.
“Kalau perkara itu baik untuk dia, jodoh mereka akan berpanjangan. Jika sebaliknya, kita tengok sahaja apa yang jadi. Itu saja yang saya boleh katakan,” katanya kepada Gempak.
Abby berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Elite Live’25, di sebuah hotel di ibu negara, pada Isnin.
Ketika ditanya tentang hubungannya dengan Marissa pada masa ini, Abby mengakui semuanya berada dalam keadaan baik serta memohon agar orang ramai mendoakan keharmonian keluarganya.
“Saya memang baik dengan anak-anak saya. Macam mana pun dia tetap anak saya. Pada ketika ini, biarlah masing-masing mengambil ruang untuk bertenang.
“Saya biarkan sahaja anak dengan pilihannya jika itu yang terbaik. Insya-Allah mohon doakan agar satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik,” jelasnya.
Untuk info, kemelut di antara Abby dan Aslam menjadi sorotan di media sosial selepas pelakon itu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap menantunya yang tidak menghormatinya sebagai ibu mentua pada April lalu.
Selain menyangkal dakwaan menantunya bahawa dirinya sudah membuat permohonan maaf, konflik itu juga terus berlarutan selepas Abby dilihat lantang bersuara mengenai perihal rumah tangganya.
Namun, kemelut itu berakhir usai Marissa bertindak untuk berjumpa dengannya dan memohon maaf kepada pelakon itu.

#pelakon
#Penyanyi
#Anak
#Elite
#Menantu
#“Rumah
#Tangga”
#“Abby
#Abadi”
#“Ahmad
#“Marissa
#Aslam”
#Dania”