Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”
11/09/2024 23:55 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Wajah Model Persis Wajah Anak
Di Instagram (IG), Abby, 47, berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan dia bersama seorang model yang dikenali sebagai Era Sazeli.
Video berdurasi pendek itu memaparkan momen dan gelagat Abby bersama Era ketika menjalani sebuah penggambaran.
Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah Abby menganggap wajah Era seperti anak perempuannya.
“Baru perasan wajah adik ni macam anak saya,” tulis Abby.
Terbit Rasa Rindu
Malah, Abby juga turut mengakui terbit rasa rindu apabila dia memeluk Era di penghujung rakaman tersebut.
“Last peluk tu tiba-tiba datang rindu. Ya hanya rindu,” tutup Abby.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata turut bersetuju dengan Abby yang menyatakan wajah Era persis anak perempuannya.
Lebih jelas, netizen memetik nama anak perempuan Abby iaitu Marissa Dania.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.