Hiburan

Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”

gempak
Khairil Khusyairi
25/08/2024
08:00 MYT
Sponsor Banner
Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial apabila berkongsi kata-kata positif, pada Ahad.

Kata-Kata Semangat

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Abby memuat naik video berserta kata-kata positif mengenai menjadi seorang ibu yang bahagia.

“Tidak perlu berusaha menjadi Mama yang sempurna tapi berusahalah menjadi Mama yang bahagia.

“Kerana kita harus waras, waras untuk menguruskan rumah tangga, anak-anak dan hal yang lainnya.

“Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat, ambil masa berehat.. kerana kita juga manusia,” coret Abby dalam perkongsian tersebut.

Marissa Tinggalkan Komen

Namun, apa lebih menjadi perhatian adalah anak perempuannya iaitu, Marissa Dania tampil meninggalkan komen pada hantaran tersebut.
Tulis Marissa, dia bertanya apakah ibunya itu tidak mahu membalas mesej yang dihantar.

“Tak nak reply WhatsApp saya ke Mama?,” tanya Marissa kepada Abby.

Tambah Marissa lagi, dia juga enggan warganet salah faham biarpun sudah menghubungi ibunya itu.

“Sebab saya WhatsApp personal tak reply, tapi dekat IG orang salah faham,” balas Marissa kepada seorang warganet.

Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat buat Abby dalam berdepan ujian keluarga.
Terdahulu, berita kehilangan anak sulung Aslam dan Marissa mula heboh diperkatakan selepas dikatakan lahir pramatang dan Aslam mengesahkan berita tersebut.
Julai lalu Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabila baby bump kelihatan di sebuah majlis.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Gelar Aslam Kurang Ajar, Dakwa Tak Maklum Pada Abby Abadi Berita Kematian Anak – “Tak Matured Langsung”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kurang Senang Umisya Mazlan Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Respons Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam Sahkan Bayi Sulung Bersama Marissa Dania Meninggal Dunia, Maklum Umisya Mazlan Tahu Berita Kehamilan Dari Awal - "Saya Terima Sebagai Ujian"

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan Urus Jenazah Bayi Marissa Dania, Turut Sedih - Kakak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dakwaan Hamil Anak Sulung, Marissa Dania & Aslam Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Lahir Dalam Keadaan Pramatang, Bayi Sulung Marissa Dania & Aslam Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu Dalam Mimpi… Abby Abadi Kongsi Momen Bekas Teman Lelaki Marissa Dania? Netizen Cakap Handsome & Sopan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024