Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) melabuhkan tirainya malam tadi.
Penyanyi Wany Hasrita telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular buat pertama kalinya.
Seperti biasa, media sosial tertumpu dengan kehangatan ABPBH 31 dan netizen sentiasa memberikan pelbagai komentar mengenai pertandingan berprestij tersebut.
Gempak senaraikan 10 perkara menarik yang terjadi sepanjang ABPBH 31:
1. Busana yang disarungkan oleh artis dan tetamu yang hadir di Putrajaya International Convention Centre (PICC) menjadi tumpuan serta kritikan netizen.
Antara yang menjadi mangsa ialah pakaian yang digayakan oleh pengasas Alha Alfa, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil. Di laman Twitter, ada netizen nakal mengusik dengan menyamakan warna pakaiannya seperti aiskrim paddle pop. Tapi bagi kami, busana tersebut cantik je... kan?
2. Kelab peminat Wany Hasrita telah bergabung dengan Emma Maembong, As'ad Motawh dan Azrel Ismail. Strategi yang baik telah dilakukan dan ini mungkin salah satu sebab kemenangan Wany pada malam itu. Tahniah Wany!
3. Pengacara, pelakon dan penyanyi Zara Zya terpaksa dibantu oleh beberapa orang ketika menggayakan busana keduanya pada malam ABPBH 31. Busana cantiknya itu turut mendapat perhatian netizen di laman Twitter.
4. Penyanyi Sufian Suhaimi memohon maaf melalui laman sosial Twitter miliknya kerana tidak melakukan persembahan dengan baik ketika malam ABPBH 31. Menurut Sufian, keadaan tekaknya masih belum pulih sepenuhnya dan berjanji akan menunjukkan peningkatan pada persembahan akan datang.
5. Rata-rata netizen berpuas hati apabila penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar memenangi kategori Artis Versatil Popular. Mereka berpendapat Alif layak mendapat anugerah tersebut.
6. Masih lagi mengenai Alif. Aksi Alif yang sempat bersalaman dengan gandingan serasinya, Sherry Alhadad sebelum menerima trofi Artis Versatil Popular mendapat perhatian netizen.. Ada netizen yang memberikan gandingan pengacara Big Stage ini gelaran 'Best On and Off The Cam Friendship'!
7. Penampilan pelakon Mira Filzah ketika malam ABPBH 31 mendapat pujian segelintir netizen apabila menepati gaya dengan imej bertudungnya.
8. Persembahan daripada penyanyi Amy Mastura mendapat perhatian penonton apabila suaranya masih sama seperti dulu walaupun dia sudah berusia 47 tahun.
9. Persembahan penutup daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Syamel dan Ramlah Ram membuatkan penonton mahu sama-sama menari. Penonton beranggapan persembahan itu adalah yang terbaik pada malam itu.
10. Secara keseluruhan, penganjuran ABPBH 31 berada di kelas tersendiri dan ramai memuji edisi ABPBH kali ini. Syabas diucapkan kepada semua tenaga produksi dan pemenang.
Zulaikha Yusof
Mon Oct 08 2018
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.