Hiburan

ABPBH32: Neelofa Tarik Diri

gempak
Kamaruddin Razal
18/07/2019
02:10 MYT
Sponsor Banner
ABPBH32: Neelofa Tarik Diri
Pengacara rancangan MeleTOP, Noor Neelofa Mohd Noor mengumumkan untuk menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ini dan juga edisi akan datang.
Menerusi sebuah kenyataan media yang dihantar oleh pihak pengurusan Neelofa, wanita berusia 30 tahun itu mempunyai sebab tersendiri mengapa dia membuat keputusan terbabit.
"Assalammualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, Lofa ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada akhbar Berita Harian dengan pengumuman penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH32).
"Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni. Begitupun, dengan rasa rendah hati, Lofa ingin mengumumkan penarikan diri daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ini dan juga edisi akan datang.
"Buat masa ini, Lofa agak sibuk dengan penjenamaan semula Naelofar Hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan. Justeru, agak sukar untuk menyeimbangkan karier seni dan bisnes," tulisnya.
Neelofa juga memaklumkan dia bukan menarik diri sepenuhnya daripada acara anugerah terbabit.
"Lofa bukan menarik diri sepenuhnya. Tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. Insyaallah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni.
"Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah. Walaupun Lofa tidak lagi bertanding dalam ABPBH tahun ini, Lofa masih memberikan sokongan.
"Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian? Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya," katanya lagi.
Untuk rekod, Neelofa pernah bergelar Bintang Paling Popular di ABPBH 29 dan pernah meraih trofi Pengacara TV Popular sebanyak lima kali dari ABPBH 27 sehingga ABPBH 31.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024