Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
Gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Sponsor Banner
Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Pejabat Shah Rukh Khan Dipenuhi 300 Piala Sepanjang Bergelar Anak Seni

Shah Rukh Khan yang menjadi tetamu istimewa pada pembukaan syarikat berpusat di Dubai itu turut melahirkan keterujaannya dapat kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
"Saya pernah ke sini beberapa tahun lepas dan hari ini kembali semula ke sini untuk melihat dua negara yang saya boleh anggap sebagai rakan iaitu UAE (Emiriah Arab Bersatu) dan Malaysia menjalinkan kerjasama.

"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE. Terima kasih kerana sama-sama hadir dan saya amat gembira serta terharu dapat bertemu anda semua di sini,” katanya pada majlis yang berlangsung di The Exchange 106 di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pelakon itu turut memuji kerjasama global antara UAE dan Malaysia menerusi perluasan pelaburan oleh Bin Zayed International Group Of Companies (BZI) di negara ini.

BERITA TRENDING: Tak Hadir Pesta Sebab Mahu Tidur, Shah Rukh Khan Beri John Abraham Motosikal Berkuasa Tinggi

BERITA TRENDING: Shah Rukh Khan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Strok Haba!

BERITA TRENDING: Jadi Acara Tahunan, Ribuan Peminat Terima Lambaian Aidilfitri Dari Shah Rukh Khan

Beliau berkata, ia merupakan langkah penting dalam memupuk hubungan ekonomi antara kedua-dua negara, sambil menegaskan bahawa kemajuan akan menjadi lebih kukuh apabila ia dikongsi bersama.
BZI, sebuah konglomerat berpusat di Dubai yang mengkhusus dalam bidang pembinaan dan tenaga, perdagangan dan industri, hartanah, teknologi serta perkhidmatan kewangan, dimiliki ahli perniagaan terkemuka yang juga kerabat diraja UAE, Sheikh Khaled Zayed Saquer Al Nahyan. - Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024