Pelakon veteran Abu Bakar Omar dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.04 pagi tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Berita mendukacitakan itu dimaklumkan oleh pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menerusi laman Instagramnya.

"Hari yang barakah Jumaat bulan yang mulia. Takziah buat keluarga Allahyarham. Al fatihah," tulisnya.



Allahyarham Abu Bakar dilahirkan pada 25 April 1948 dan pernah membintangi beberapa filem antaranya Duyung, Cinta Kolesterol dan Fenomena.

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2012 dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Radio Anugerah Sri Angkasa pada 1990.