Hiburan

Abubakarxli Cetus Kelainan Dalam 'NiNiNi', Bawa Budaya Rempit Dalam Hip Hop!

gempak
Fiza Kamarudin
17/01/2020
11:56 MYT
Sponsor Banner
Abubakarxli Cetus Kelainan Dalam 'NiNiNi', Bawa Budaya Rempit Dalam Hip Hop!
Bintang hip hop Abubakarxli mempertaruhkan single terbaru berjudul ‘NiNiNi’ sebagai pengenalannya bersama label Def Jem Asia Tenggara.
Menggunakan loghat jalanannya dalam bahasa Melayu membezakan nyanyian rap Abubakarxli dengan penyanyi lain.
Diterbitkan SonaOne, ‘NiNiNi’ mengambil retorik sentiasa berusaha dalam budaya hip hop dan menyimpulkannya dengan cara ala Malaysia.
“Tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam dunia ini selagi kita berusaha dan bersikap kental menempuhi tiap rintangan dan cabaran yang datang.
“Jangan lupa untuk meraikan apa yang telah diraih dalam hidup tetapi tetaplah merendah diri dan bagi saya lebih baik bercita-cita tinggi daripada sekadar bermimpi,” katanya.
‘NiNiNi’ juga mengetengahkan pesanan tentang kesedaran diri dan bukan tentang kekejaman dunia atau sebaliknya.
Sementara itu muzik video ‘NiNiNi’ merupakan arahan Abubakarxli sendiri dengan kerjasama Denhouse Productions.
Menerusi muzik video tersebut memaparkan budaya rempit dalam hip hop yang menjadikannya berbeza dengan material hip hop lain.
Terdapat satu paras keaslian dalam cara Abubakarxli menyalurkan bunyi dan imejnya yang bersuara tempatan, satu kualiti yang jarang ada pada hip hop Malaysia.
Abubakarxli mula dikenali dalam dunia hip hop menerusi saluran media sosial YouTube pada tahun 2010.
Di usia 23 tahun, Abubakarxli memiliki puluhan karya di bawah Perintah Records miliknya sendiri termasuk muzik video menggambarkan tentang imaginasi demografik rakyat Malaysia yang jarang dikaitkan dengan hip hop, iaitu sub-budaya rempit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live