Skip to main content

Filem

Acha Septriasa Buat Kejutan Pada Peminat, Muncul Kali Pertama Dalam Filem Genre Seram Aksi

astro_gempak_-acha-septriasa-pertama-kali-berlakon-genre-seram.png

Keterlibatan Acha dalam Qodrat 2 awalnya dirahsiakan sepenuhnya, dan hanya terungkap dalam teaser trailer yang dilancarkan baru-baru ini. Penonton ternyata teruja melihat kelibat Acha sekaligus membuktikan betapa kuatnya tarikan pelakon berkarisma ini.

Watak Azizah digambarkan sebagai wanita yang berdepan tekanan jiwa sehingga dirawat di hospital mental dan akhirnya bekerja di sebuah kilang misteri iaitu kilang yang rupanya menyimpan rahsia gelap yang memaksa Ustaz Qodrat untuk campur tangan. Perjalanan menyelamatkan Azizah bukan saja penuh rintangan fizikal dan spiritual, tetapi juga membuka rahsia yang selama ini tersembunyi.

Azizah bukan hanya sekadar pasangan kepada hero tetapi dia adalah nadi emosional kepada seluruh naratif. Filem ini memberi fokus besar terhadap latar belakang serta dilema mental yang dihadapinya. Adakah dia benar-benar sembuh, atau ada kuasa lain yang memanipulasinya? Ini adalah persoalan-persoalan yang akan menghantui penonton sepanjang filem.

Acha dan Transformasi ke Genre Horor 

Dikenali menerusi filem-filem bergenre drama seperti Heart (2006), Kartini (2017), dan Layla Majnun(2021), ini merupakan kali pertama Acha menjelajah ke dunia seram aksi dengan elemen fantasi. Ia merupakan cabaran baharu buat pelakon yang sudah lama terbukti versatil dalam pelbagai watak. Keberanian Acha membawa watak Azizah yang sarat tekanan mental dan spiritual dijangka menjadi salah satu persembahan paling mengesankan.

Masa Depan Azizah: Tetap atau Pergi?

Qodrat 2 bukanlah penamat. Filem ini dirancang sebagai sebahagian daripada tetralogi, memberi ruang kepada lebih banyak eksplorasi watak dan kisah. Apakah Azizah akan terus menjadi sebahagian dari perjalanan Ustaz Qodrat, atau ada takdir lain menantinya? Soalan ini menjadi faktor penarik untuk filem ketiga nanti.

Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat. 

Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita. Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.

Saksikan Qodrat 2 yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 April ini di pawagam seluruh negara.

Must-Watch Video

Advertisement