Dengan tiga isteri dan 24 orang anak hasil poligami, Ironi Umar Kei atau nama sebenarnya Umar Key Ohoiten juga mendedahkan rahsia bagaimana dia mampu hidup harmoni dan aman damai.
Ironi Umar Kei bukan individu biasa. Dia yang pernah terkait kontroversi isu dadah beberapa tahun lalu sebaliknya merupakan seorang usahawan berjaya dan terkenal yang berasal dari Maluku.
Memiliki hubungan baik dengan ramai ahli politik, Umar berkahwin dua atas izin isteri pertama selepas mereka tidak dikurniakan anak selama tujuh tahun sebelum berkahwin kali ketiga dengan wanita bernama Berlian.
ARTIKEL BERKAITAN:Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami
ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Kahwin Dua Sekaligus Dalam Satu Majlis, Netizen Luah Rasa Kagum - "Wow Hebatnya!"
Selain mengeluarkan nafkah yang cukup banyak buat keluarga besarnya, Umar juga menyediakan keperluan lain dengan adil buat semua.
Dia diketahui memiliki rumah berkembar dengan ketiga-tiga isteri diberi satu unit kediaman dan tinggal bersebelahan.
Di kawasan kediaman mewah yang dibina, Umar menyediakan kolam renang, gelanggang badminton malah masjid untuk mereka sekeluarga beribadah.
Anak-anak Umar menyifatkan bapa mereka sebagai seorang yang penyayang dan tegas dalam bab agama.