Bila sebut tentang 'bermadu', istilah tersebut seringkali dikaitkan dengan rasa tidak setuju oleh kaum wanita.

Namun, lain pula ceritanya dengan lelaki ini apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dua wanita secara serentak dalam sebuah majlis yang berlangsung di sebuah restoran Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak.

BERITA TRENDING: Isteri Aslam Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa Dania? - "Semakin Ikhlas Semakin Tenang"

Memetik Borneo Network, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Lim Soo Kien itu berkahwin dua orang wanita pilihan hatinya iaitu Ivy Ong dan Dewi Kartika.



Perkahwinan itu meraih perhatian netizen di Facebook di mana rata-ratanya mengucapkan tahniah ke atas ketiga-tiga pengantin baharu berkenaan.

Antara komen yang diterima:

"Wow tahniah!"

"Selamat pengantin baru, tahniah!"

"Wow, hebatnya!"

"Semoga bahagia ke hujung dunia."

Sumber: Borneo Network