Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Ada Banyak Perkara Yang Tak Kemas .." - Shakilla Khoriri Kongsi Pengalaman Bawa Anak Kecil Naik Kapal Terbang

Zulaikha Yusof 20/11/2019 | 02:54 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi pengalaman pertama membawa anak perempuannya, Ameena Sofia menaiki kapal terbang ke luar negara.
Shakilla menarik nafas lega apabila Ameena berkelakuan baik sepanjang perjalanan tersebut.
Walaubagaimanapun, Shakilla akui terdapat beberapa perkara dirinya terlepas pandang untuk percutian kali ini.
"Pertama kali dan percubaan bawa @ameenasofia_ travel naik flight. Ameena ok tapi mak bapak dia tak ok.
"Ada banyak perkara yang tak kemas dan tak sedia tapi takpe lah kan nama pun percubaan.
"Alhamdulillah rezeki Ameena kitorang dapat bawa jalan-jalan. Insya-Allah kitorang kerja kuat nak bawa Ameena travel lagi tempat lain," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
Selain Shakilla dan suami, penyampai radio Fizi Ali, aktres Dottie dan penyanyi Aman Aziz turut bersama bercuti di Bangkok, Thailand.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung pada 14 March lalu.

#?• . Pertama kali dan percubaan bawa @ameenasofia_ travel naik flight. Ameena OK tapi Mak bapak dia tak OK. Ada banyak perkara yang tak kemas dan tak prepare. Tapi takpa lah kan, nama pun percubaan. . . Alhamdulillah rezeki Ameena kitaorang dapat bawa jalan2.Insyallah kitaorang kerja kuat nak bawa Ameena travel lagi tempat lain ???

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

#pelakon #Pelakon #Shakilla Khoriri
;