Aktres terkenal Indonesia Dian Sastrowardoyo mencuri perhatian ramai apabila berkongsi dekorasi rumahnya buat tatapan umum.

Menerusi laman sosial Instagram @biasalahanakmuda, mereka berkesempatan melawat rumah pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu secara eksklusif sehingga membuatkan dekorasi di dalam rumah Dian menjadi tular.

“Halo sahabat-sahabat Kajian, akhirnya datang juga hari yang ditunggu-tunggu. Selamat datang di rumah aku, mari kita mengkaji bersama-sama rumah aku,” ujarnya menerusi satu video di IG story.

Menerusi perkongsian tersebut, halaman rumah Dian kelihatan luas dan hijau dengan tanaman pokok-pokok. Laluan yang menjadi tempat parkir kereta turut dijadikan kawasan untuk anak-anaknya bermain.

Memasuki ke kawasan rumah, terdapat perpustakaan yang menjadi tempat untuk Dian bekerja menarik perhatian ramai.

Susunan dan dekorasinya tak ubah seperti pejabat pengetua sekolah sihir Hogwarts, Albus Dumbledore.

Malah, memasuki ke ruangan tandas, selain dipenuhi dengan produk penjagaan diri, ia juga tersedia banyak bahan bacaan.

Tidak hanya itu, kediamannya juga dipenuhi perhiasan piring dengan pelbagai lukisan yang dilekatkan di bahagian dinding-dinding.

Sementara itu di laman Twitter, dekorasi rumah Dian menjadi idaman dan impian ramai wargamaya.


Rata-ratanya cukup teruja apabila kediamannya dipenuhi buku dan kelihatan berselerak sama seperti rumah-rumah orang kebanyakan.

“GILAAAAA rumahnya dreamy banget?!???? I aspire to be like her one day,” komen seorang wargamaya.

“Mau punya kamar atau ruang kerja kaya punya Dian Sastro please. Cantik banget ruangannya,” ujar seorang wargamaya.

“Gak salah mengidolakan Dian, keintelektualannya membikin dia berkharisma, sebarkan vibe positif terus Dian,” sokong seorang wargamaya.

This is house goals!” tulis seorang wargamaya lagi.

“Aku tak minta apa apa cuma minta rich enough to have a workplace like this,” kata seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Dian atau nama sebenarnya Dian Paramita Sastrowardoyo, 40, mendirikan rumah tangga bersama Maulana Indraguna Sutowo pada tahun 2010.

Pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo.